Sabtu, Julai 11, 2009

Anak-Anakku, Cicak dan Malam Jumaat

Semenjak kebelakangan ini, kerap pula cicak di rumahku keluar dari pusat persembunyiannya. Apakah kerana mereka sudah dewasa? Apakah kerana aku selama ini membiarkan kehadiran mereka?

Hampir enam tahun mendiami rumah ini, cicak-cicak mula berani menunjuk muka, menjalari dinding dan siling rumah. Dan anak-anakkulah yang terlebih 'excited'nya, hinggakan tidak mahu turun dari kerusi, menunjuk-nunjuk cicak di dinding.

Suruh tidur pun mahu berteman. Takut barangkali, cicak datang merayap ke badan tatkala dia tidur sendirian.

Kakak, kakak kan dah besar. Siapa lagi besar, kakak ke cicak.

Kakak lagi besar.

Sekali kakak tampar cicak tu, terus dia mati.

Ha'ah, cicak tu kecik aje.

Dah, babah nak sembahyang.

Tak nak! Nanti cicak tu tuwon (turun)

Hmph...

Macamanalah aku nak kasi mati cicak-cicak ni?

Hadis 2094 jilid 4 Muslim
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a. katanya “ Sesungguhnya Nabi saw. Telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakanya “Si penjahat kecil)=Puwaisiqan

Hadis 2095 jilid 4 Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw. Sabdanya “Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul ditulis baginya pahala seratus hasanah, Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul, pahalanya kurang lagi dari itu”

Petikan hadis diambil dari sepaku.net.

Jumaat, Julai 10, 2009

ENJIT ENJIR SEMUT

ENJIT enjit semut
siapa sakit nak atas

enjit enjit semut
siapa sakit naik atas

enjit enjit semut
siapa sakit naik atas

enjit enjit semut
siapa sakit naik atas

enjit enjit semut
siapa sakit naik atas


ulang sehingga kanak-kanak ketawa girang
menahan sakit kena cubit

Sabtu, April 25, 2009

Test


Test hdsdhsd maybank

Isnin, Disember 08, 2008

Lihatlah Bawah

Sambil berlari, jangan hanya melihat pelangi. Sekadar melihat keindahannya tak mengapa. Tapi janganlah lupa, batu-batuan atau jurang yang mungkin akan menghalang perjalanan. Jaga langkahmu.

Tersungkur?

Jika tersungkur, bangunlah semula. Boleh juga duduk dulu, tapi jangan lama-lama, sekadar mengumpul kekuatan semula dan menyusun strategi baru tak mengapa.

Seterusnya

Jika tidak lebih baik daripada yang sebelumnya, jangan putus asa. Anggap ia satu pengajaran juga cabaran dalam menjadi lebih dewasa.

Langkah Kedua

Langkah kedua dan seterusnya seharusnya sentiasa lebih baik daripada langkah pertama jika ingin jadi orang yang berjaya